Gazebo penyeri taman
Gazebo berperanan sebagai elemen hiasan taman yang menjadi titik fokal selain menyerlahkan suasana kampung. Sememangnya gazebo ialah binaan pondok kecil diletakkan pada ruang tertentu di taman sebagai tempat bersantai seisi keluarga sama ada hari biasa atau hujung minggu. Konsep desa atau kampung menjadikan gazebo sebagai pelengkap kerana gaya berkenaan membuatkan pemiliknya seolah-olah berada di perkampungan. Kebiasaannya gazebo diletakkan di bahagian tengah taman sementara bentuk dan saiznya perlu disesuaikan dengan keluasan taman. Penelitian dari segi saiz taman juga penting kerana bentuk yang terlalu besar tidak sesuai bagi kawasan taman kecil manakala gazebo kecil tidak ideal di laman luas.
Gazebo atau Wakaf ialah struktur yang terletak berasingan dari kediaman utama; umumnya ia dibina sebagai tempat istirehat di taman-taman peribadi dan juga kadangkala boleh dilihat di kawasan rehat umum. Gazebo adalah binaan luarnya seperti pondok dengan keadaan terbuka di sekelilingnya menjadikan laman bangunan tampak sejuk dan nyaman selain berfungsi mewujudkan suasana visual vertikal dalam taman.
Gazebo dibina untuk dijadikan tempat pelajar-pelajar berehat/belajar sambil menikmati udara segar. Para pelajar juga dapat belajar dalam suasana yang nyaman dan tenang.